Thursday, February 28, 2008
Labels: Tyco Kembura
Monday, February 25, 2008
The measurements are all in inches and the final result in pounds, but this can then be transformed into kilograms.
The girth of the fish is measured on the greatest part and then squared.
This number is then multiplied by the body length of the fish, measured as illustrated.
This result is then divided by 800 to get the weight in pounds.
Example:
Girth is 3 feet 4 inches = 40 inches
Body length is 8 feet 4 inches = 100 inches
40 x 40 =1600
1600 x 100 = 160000
160000 / 800 = 200 lbs.
To get the result in kilograms, the final number is then divided by 2.2.
Example:
200 / 2.2 = 88 kg.

Name : Duo
Catch : Selunsung
Spool : Abu Garcia Cardinal
Rod : Shimano Schimtar
Line : Fireline 14LB
Lure: Topwater
Technique: Casting
Labels: Pak WaHoo
Saturday, February 23, 2008
Sunday, February 17, 2008

Masa hari Sabtu 16.02.2008 aku ani plan kan mancing di kuala Danau hari minggu tapi nya si Float King jalannya licak.. so kami plan di kuala Tutong saja. Kami berjanji hari minggu pukul 6 pagi betolak dari rumah ku.
Udah keesokkan harinya... biasalah janji melayu ani.. Aku bangun awal pulang then mandi, tolong mama ku sekajap angkat meja pas atu masak Indomie pakai bata mancing..save jua duit :) Mau mau kul 9 pagi aku bertolak dari rumah ku then udah sampai dirumah nini si Float King rupanya ia ani masih lagi tidor! (Bukan nini nya... si Float King bah) Ku tipun kedia.. untuk membanguni "Oi bangun bah.. aku dibawah udah ni" Jawab Float King.." Bah..bah...Kajap..." hahahhaa. Udah ia bangun, aku rasa-rasa ia ani inda mandi lah.. cuci muka saja kali. Lapas atu nini nya ada bagi dua bungkus nasi lamak. Udah siap semua barangnya di angkat dari keritanya ke kerita ku kami tarus zooooomm......! ke keramut bali udang idup.
Sampai saja kami di Kuala Tutong arah jambatan feri lama kami breakfast dulu... makan nasi lamak yang di bagi nini si Float King. Lapas breakfast masing-masing setup pancing.. Masa atu ada orang merambat... banyak pusu orang atu belurih.. Champion lagi caranya merambat atu..
Inda lama lapas atu... udah tia si Float King STRIKE! Biasalah ia ani asal mancing opening gerenti Utik... Di mana-mana saja aku sama kedia ani mancing, first ikan ia dapat mesti utik hahahaha....
Inda batah lapas ia dapat Utik lebih kurang 20 minit STRIKE lagi!!! Iatah akibatnya ketawakan orang aku pulang sampai ani alum lagi ada strike... kana jamah pun inda umpan ku.. apa lagi casting pun alum ada kana sambar.
Dalam 15 minit lagi lapas atu ada lagi ia strike!
Tepat jam 12 tengah hari kami pun lunch.. makan Indomie yang ku bata dari rumah. Lapas lunch checking umpan pas atu ku cuba lagi casting mana tahu dapat ikan basaaa.... kan kalahkan si Float King ah.. sasak udah ku 3-0 kali ah!
Casting punya casting sampai kul 5 ptg langsung nada kana agut kah kana sambar kah... langsung nada!


Liat aing pasang panuh tapi warna aing masa atu warna coklat... antah ah aing atu kali jua buat inda belauk. Tapi yang banar nya alum ada rezeki tu...
Walau cemanapun.. kami enjoy jua mancing di Kuala Tutong banyak orang kami jumpa disana.. ada yang mancing ada yang merambat dan ada yang membintur. Yang membintur atu namanya Hj Jamain bagas keraja Letrik iatah dangan kami becerita masa atu.. macam gaban jua...ada jua lah tips tips yang di baginya untuk mancing ani. Iatah kan... mancing ani yang banar nya siukk... membuka minda, buat activity yang berfeadah, dapat bertemu kawan baru, berkongsi penglaman.. daripada duduk-duduk di rumah... pikiran pun inda jalan toh.. hehhehe yang penting enjoy!
Dibawah ani gambar-gambar yang labih masa kami mengail... :)
p/s: Ikan yang dapat ulih si Float King hari ani semuanya Catch & Release...
Duo: Float King... tunggu kau minggu dapan aku pakai baju Cocaine ku... hemmmm.. baru kau tapi siapa lagi heng... hahahah, Sekian.
Labels: Float King Flyin High
Friday, February 15, 2008
Pancingan siakap memerlukan kita mengenal pasti dahulu spot siakap tu apakah karang, tunggul kayu atau ranting pokok atau tiang jeti.
Apakah pula kedalaman air dan keadaan arus. Keadah lurecasting dan baitcasting sesuai digunakan dilokasi yang cetek manakala bottom drifting pula untuk lokasi yang dalam.
Penggunaan udang hidup merupakan umpan terbaik untuk spesis ini. Ikan tamban juga berkesan tetapi tidak sesuai dikawasan karang dan tiang batu.

Spot begini sesuai menggunakan keadah casting lure/bait
keadahnya, cast menggunakan umpan atau lure kearah melawan arus dan biarkan lure dan umpan hanyut atas ranting atau akan tersebut. Biarkan umpan turun dan jerk lure atau umpan supaya ia boleh bergerak perlahan mengikut arus dan melalui lokasi ranting. usaha berterusan casting diperlukan untuk menawan spesis ini.
Set pancing yang ringan sangat sesuai untuk menawan spesis ini. Penggunaan braided line 8lb - 10lb dengan perambut florocarbon 10lb dengan matapancing 1/0 dan 2/0.
Sebenarnya ikan jenis siakap sama juga dengan tenggiri. Species ini boleh dikatakan cerdik sikit dari species lain. Ia suka tinggal dikawasan tunggul kayu dan karang yang pastinya sukar untuk kita tangani bila dah berbelit. Tetapi untuk pengetahuan anda species ini juga tidak akan merosakkan kulitnya kalau setakat terkena satu rentapan dibibir melainkan bila ia berhadapan dengan keadaan hidup dan mati. Disinilah kita kena gunakan saiko bagaimanakah caranya untuk mengelakkannya melarikan diri kedalam semak atau dahan kayu.
Tip ini sesuai untuk siakap dan tenggiri.
Pastikan drag hanya 5lb shj. Bila saja umpan dibawa ikan berikan masa beberapa saat supaya confirm umpan masuk mulut pastu buat hook up. Bila dah kena biarkan ia lari dengan kekalkan drag 5lb sehingga ia berhenti tapi perlu sentiasa tegangkan mainline. Jangan paksa ia berhenti. Bila berhenti cepat2lah retrieve sehingga ia berhenti untuk berpusing dan lari keluar semula. Ia akan berulang sebanyak 3 kali pastu ia akan menyerah..sekiranyanya kita menggunakan paksaan semasa menahannya lari keluar atau retrieve ia pasti akan terus lari menuju ke reba. kalau diikutkan cara yang kawan beri tu pasti ikan tersebut dapat dinaikkan tanpa sebarang kecacatan.
Kelainan pada tenggiri pada peringkat permulaan sahaja dimana bila saja umpan dimakan hook up terus dilakukan dengan kuat kerana tenggiri merupakan species bergigi tajam dan akan meludah kembali umpan sekiranya ia terasa benda asing pada umpan jadi hook up dibuat dengan seberapa segera jika tak mahu berputih mata..
Pengalaman member kawan yang kehabisan tali dilarikan siakap adalah kerana ikan itu terasa sakit dan terancam. Itulah sebabnya ia terus aje berenang tanpa menoleh belakang.. Ikan begini kita kena belai macam perempuan barulah ia mudah menyerah. Kalau dipaksa tenggiri boleh memutuskan steekwire 100lb dengan mudah tetapi kalau dibelai ia boleh dinaikkan menggunakan steelwire 20lb. Kami di sedeli menggunakan mainline 20lb, perambut 20lb, steelwire 20lb dan matakail no 2/0 untuk memancing tenggiri. Rekod kawan 2 ekor 18kg. Ratusan ekor tenggiri berjaya dinaikkan sepanjang kawan buat trip kat sedili menggunakan set begini.
Untuk siakap pula kami gunakan 8lb-12lb mainline, perambut florocarbon 10lb-12lb dan matakail no 1/0 dan 2/0. rekod personal kawan 10.2kg. tak tahu berapa banyak siakap yang berjaya dinaikkan menggunakan set begini. kenkawan kena yakin dengan cara belai ni untuk memudahkan dan manaikkan peningkatan knowledge kita dalam bidang ini..
Tips dari ::mAn::














