Friday, February 15, 2008
Pancingan siakap memerlukan kita mengenal pasti dahulu spot siakap tu apakah karang, tunggul kayu atau ranting pokok atau tiang jeti.
Apakah pula kedalaman air dan keadaan arus. Keadah lurecasting dan baitcasting sesuai digunakan dilokasi yang cetek manakala bottom drifting pula untuk lokasi yang dalam.
Penggunaan udang hidup merupakan umpan terbaik untuk spesis ini. Ikan tamban juga berkesan tetapi tidak sesuai dikawasan karang dan tiang batu.
Spot begini sesuai menggunakan keadah casting lure/bait
keadahnya, cast menggunakan umpan atau lure kearah melawan arus dan biarkan lure dan umpan hanyut atas ranting atau akan tersebut. Biarkan umpan turun dan jerk lure atau umpan supaya ia boleh bergerak perlahan mengikut arus dan melalui lokasi ranting. usaha berterusan casting diperlukan untuk menawan spesis ini.
Set pancing yang ringan sangat sesuai untuk menawan spesis ini. Penggunaan braided line 8lb - 10lb dengan perambut florocarbon 10lb dengan matapancing 1/0 dan 2/0.
Sebenarnya ikan jenis siakap sama juga dengan tenggiri. Species ini boleh dikatakan cerdik sikit dari species lain. Ia suka tinggal dikawasan tunggul kayu dan karang yang pastinya sukar untuk kita tangani bila dah berbelit. Tetapi untuk pengetahuan anda species ini juga tidak akan merosakkan kulitnya kalau setakat terkena satu rentapan dibibir melainkan bila ia berhadapan dengan keadaan hidup dan mati. Disinilah kita kena gunakan saiko bagaimanakah caranya untuk mengelakkannya melarikan diri kedalam semak atau dahan kayu.
Tip ini sesuai untuk siakap dan tenggiri.
Pastikan drag hanya 5lb shj. Bila saja umpan dibawa ikan berikan masa beberapa saat supaya confirm umpan masuk mulut pastu buat hook up. Bila dah kena biarkan ia lari dengan kekalkan drag 5lb sehingga ia berhenti tapi perlu sentiasa tegangkan mainline. Jangan paksa ia berhenti. Bila berhenti cepat2lah retrieve sehingga ia berhenti untuk berpusing dan lari keluar semula. Ia akan berulang sebanyak 3 kali pastu ia akan menyerah..sekiranyanya kita menggunakan paksaan semasa menahannya lari keluar atau retrieve ia pasti akan terus lari menuju ke reba. kalau diikutkan cara yang kawan beri tu pasti ikan tersebut dapat dinaikkan tanpa sebarang kecacatan.
Kelainan pada tenggiri pada peringkat permulaan sahaja dimana bila saja umpan dimakan hook up terus dilakukan dengan kuat kerana tenggiri merupakan species bergigi tajam dan akan meludah kembali umpan sekiranya ia terasa benda asing pada umpan jadi hook up dibuat dengan seberapa segera jika tak mahu berputih mata..
Pengalaman member kawan yang kehabisan tali dilarikan siakap adalah kerana ikan itu terasa sakit dan terancam. Itulah sebabnya ia terus aje berenang tanpa menoleh belakang.. Ikan begini kita kena belai macam perempuan barulah ia mudah menyerah. Kalau dipaksa tenggiri boleh memutuskan steekwire 100lb dengan mudah tetapi kalau dibelai ia boleh dinaikkan menggunakan steelwire 20lb. Kami di sedeli menggunakan mainline 20lb, perambut 20lb, steelwire 20lb dan matakail no 2/0 untuk memancing tenggiri. Rekod kawan 2 ekor 18kg. Ratusan ekor tenggiri berjaya dinaikkan sepanjang kawan buat trip kat sedili menggunakan set begini.
Untuk siakap pula kami gunakan 8lb-12lb mainline, perambut florocarbon 10lb-12lb dan matakail no 1/0 dan 2/0. rekod personal kawan 10.2kg. tak tahu berapa banyak siakap yang berjaya dinaikkan menggunakan set begini. kenkawan kena yakin dengan cara belai ni untuk memudahkan dan manaikkan peningkatan knowledge kita dalam bidang ini..
Tips dari ::mAn::
2 comments:
Terima kasih taas tips belaiyang saudara berikan.
Saya selalu guna perambut 20lb o.45mm jenama Suffix,
Tapi sering kali rabut samada terkena pisau, bergesek ke didnding kolam ataupun bergesek dengan bibir kakap yang seperti kertas pasir itu.
Bolehkah saudara membantu saya?
1. Jenis Perambut Yang saudara gunakan (Jenamanya)
2. Bagaimana nak set drag 5lb?
Saya mengalami masalah yang sama dengan Suffix 25lb Invisiline. Rabut bila layan siakap 2 kilo ke atas. Tali flourocarbon ni seakan rapuh bila sudah bergeser dengan bibir siakap. Tali Asso 20lb saya dapati lebih elok dan lebih murah.
Post a Comment