BRUNEI WEATHER FORECAST

Wednesday, March 5, 2008

Night Casting Game

Good tips from http://wamildin.multiply.com/journal/item/37
Just sharing...

Seabass biasa aktif di waktu malam. Kebarangkalian untuk menangkap seabass di waktu malam adalah 80% lebih besar dari waktu siang. Di waktu siang Seabass tidak berapa suka memburu kerana mereka lebih suka melepak di kawasan yang agak dalam atau teduh. Di waktu malam, kebanyakkan ikan-ikan umpan bergerak tidak begitu agresif, lalu memudahkan siakap-siakap ini membaham ikan umpan ini. Tetapi teori ini hanyalah sebahagian andaian yang boleh dijangkakan. Mungkin ada teori lain yang lebih tepat tentang keaktifan siakap di waktu malam.

Mata Siakap
Saya pernah membaca salah satu majalah di Jepun mengatakan penglihatan Siakap adalah tidak berapa jelas dengan kata lain penglihatan mereka kabur. Mereka bergantung kepada gelombang atau riak air yang dihasilkan oleh ikan-ikan umpan yang disampaikan pada deria mata mereka. Sebab itu kita perlu meramalkan dengan tepat lubuk siakap pada hari itu, supaya kita dapat membaling gewang tepat ke atas lubuk itu. Ini adalah kerana Siakap hanya mengejar gewang yang lalu di depan mata mereka sahaja. Saya ada menceritakan tentang teknik untuk mencari lubuk siakap di bahagian 1. Tetapi ianya adalah sebahagian sahaja.

Kaitan Gewang dan Gelombang yang di hasilkan
Saya suka memerhatian gaya renangan anak-anak ikan dari kawasan pelabuhan di waktu siang. Gaya renangan anak-anak ikan kembung, ikan sardin, anak ikan tenggiri dan lain-lain amat berbeza antara satu sama lain. Begitu juga cara renangan dalam keadaan rehat ataupun dalam keadaan panik (keadaan apabila dikejar oleh ikan besar) adalah amat berbeza. Pemerhatian renangan anak-anak ikan ini dapat memberikan kita idea tentang bagaimana mengarau kekili dengan kelajuan yang ideal bagi merenangkan gewang-gewang kita agar renangan mereka kelihatan seakan-akan sama seperti anak-anak ikan yang hidup.

Setiap jenama gewang mempunyai gaya renangan yang amat berbeza. Walaupun begitu, di dalam jenama yang sama juga terdapat pelbagai gewang yang membuat renangan yang berbeza. Oleh itu kadang kala susah untuk kita membuat pilihan yang tepat tentang penggunaan gewang pada hari itu. Bagi saya, saya suka membeli dan menggunakan gewang yang membuat renangan atau lenggokkan yang amat kecil pada paksinya, seperti Tide Minnow Slim, kerana renangan mereka amat mirip seperti anak ikan hidup. Bukan itu sahaja, cara karauannya juga amat simple dengan hanya mengarau dengan kelajuan yang tetap tanpa membuat apa-apa jerk ataupun twitch. Perlu diingatkan, penggunaan tali PE adalah penting untuk mengetahui kelajuan karauan kekili kita itu dapat merenangkan gewang atau tidak. Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenainya, gewang yang berenang akan menyampaikan gegaran kepada tali PE dan akan disampaikan kepada guide rod, oleh itu kita dapat merasakannya di bahagian grip rod kita. (Tide minnow slim tidak sesuai untuk slow action, karauan kena laju supaya gewang berenang.)

Penggunaan gewang yang mempunyai lenggokan yang agak besar (renangan huruf 'S') seperti Aile Magnet, hanya bagus di gunakan di waktu ombak besar. Ini kerana ketrampilan lenggokkan besar mereka akan mudah dapat dilihat di dalam ombak yang besar berbanding lengokkan dan renangan yang kecil. Jika anda berminat untuk menggunakan gewang ini pada waktu air tenang, anda perlulah membuat karauan secara 'Dead Slow Retrieve' (karaun yang betul-betul perlahan), kerana jika dikarau secara laju di waktu air tenang, gelombang air yang dihasilkan akan menyebabkan siakap takut untuk membahamnya, bahkan menyebabkan mereka lari.

Warna gewang di waktu malam.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya (termasuk saya sendiri semasa mula memancing seabass dulu), " Siakap boleh nampak ke warna gewang di waktu malam?" Jawapannya, mereka hanya boleh mengesan tone warna gewang itu. Apa-apa pun di waktu malam warna tidak memberikan kesan yang besar dalam penangkapan seabass. Saya suka menggunakan gewang yang mempunyai salutan berkilat-kilat, dan mempunyai black back (warna hitam di bahagian belakang lure). Ini adalah kerana renangan rolling yang dibuat oleh sesetengah lure akan menyebabkan warna berkilat ini akan kelihatan berselang seli dengan warna black back. Oleh itu mereka akan lebih kelihatan seperti anak ikan, terutamanya ikan sardin yang berenang di waktu malam.

Pada waktu bulan mengambang pula, penggunaan gewang yang mempunyai sifat Luminous (ataupun di panggil Ghost colour). Cahaya bulan akan menelusi badan gewang ini lantas memberikan mereka kelihatan seperti sotong. Siakap juga suka memakan sotong selain anak ikan.

Pada waktu air agak keruh saya suka guna Red Head. Saya pernah melihat anak ikan yang dah nak mati di pelabuhan, di mana renangan mereka begitu lemah dan mereka insang mereka kelihatan agak kemerahan sebelum mati. Penggunaan red head di waktu air keruh menerampilkan mereka di dalam air.

Seabass = Siakap/Selunsung

0 comments: