BRUNEI WEATHER FORECAST

Friday, March 28, 2008

Tips Memancing Pari

Tips ini diambil dari laman web fishing.com.my

Sebelum saya meneruskan topik ini dengan lebih lanjut,Saya memohon kemaafan diatas topik ini yang sepatutnya berada diPerbincangan Am.Tujuan saya meletakan topik Kaedah menjerat pari diruangan Surfcasting ini adalah kerana kebanyakan pemburu pari ini adalah dari pemancing pantai atau surfcasting.Berbeza dengan pemancing laut dalam,matalamat mereka adalah seperti jenahak,tenggiri,merah dan sebagainya.Jika ada pari yang mengena pancing mereka adalah dikira sampingan saja

Banyak faktur untuk menjejaki pari ini,termasuklah

1.Tempat
2.Pasang surut air
3.Umpan
4.Kaedah atau cara memancing
5.Lain lain.

Tempat:

Bagaimana kita boleh mengenal tempat atau laluan pari.Sebagai contoh- jika anda ingin memancing ikan haruan,dimanakah tempat yang munkin ada ikan haruan ini;

1.Sungai yang berbatu
2.Tali air yang berpasir
3.Kawasan berpaya dan berumput rampai.

Jawapan diatas semuanya benar kerana ikan haruan boleh berada dimana mana saja diair tawar termasuk seperti diatas.Namun lebih tepat lagi jika kita menjawab no 3.kerana....semua pamancing tahukan habitat haruan.

Sekarang ini mari kita bincangkan kawasan pari atau laluan pari.Boleh kita dapat bayangkan dimana.....Jawapannya hampir sama dengan ikan haruan tadi.Dilaut pari ada dimana mana.cuma kita perlukan sedikit usaha untuk mendapatkannya.Disini saya cuba berkongsi pengalaman dalam menjejaki pari ini.Biasanya saya akan cari kedudukan berteluk atau bertanjung.



Perhatikan gambarajah diatas.

1. Jika arus datang dari A ke B,bermakna kita perlu melabuhkan umpan dikawasan petak 1.Gambar anak panah adalah laluan pari yang datang bersama arus untuk memasuki teluk untuk mencari anak anak ikan atau makanannya.Kawasan berteluk adalah salah satu tempat utama pari atau ikan ikan besar mencari mangsa.

2. Jika arus datang dari B ke A bermakna kita perlu berada disebelah kanan dan melabuhkan umpan dipetak 2.

3. Jika air hampir pasang penuh atau air penuh kita bolehleh meletakan sasaran dipetak 3.jikalau ada 2 set pancing bolehlah tambah kepetak 1 atau petak 2.

4. Apabila air bergerak surut dari B ke A bermakna kita perlu melabuhkan umpan dipetak 1.jika dua set pancing bolehlah kita letakan di petak 1 dan tiga.

5.Apabila air bergerak surut dari A ke B bermakna tempat labuhan umpan
dipetak 2 dan jika ada dua pancing bolehlah letak dipetak 2 dan petak tiga.

Minta maaf sekali lagi kerana saya tidak dapat menyusun ayat dengan baik.Jika ada yang kurang faham boleh le bertanya kat saya.Insyaallah jika keadaan mengizinkan kita akan cuba lagi berbincang dengan tajuk yang lain pula.Walau bagaimana pun rezeki tu ditangan tuhan.kita hanyan berusaha.Selamat mencuba....

2 comments:

Anonymous said...

tq bro..info berguna...nk thu umpan pe yg sesuai yerk??

Anonymous said...

nice info~