BRUNEI WEATHER FORECAST

Thursday, February 28, 2008








Nama : Denok
Rod : Fisherman
Reel : Shimano Stella SW20000PG
Line : Powerpro 5LB
Location : Entah nada bisdia bagitahu dimana tempatnya..
Technique : Casting
Lure : Yozuri

Duo: Basar ungah mu atu.. mana gambar ugah si Floatking?

Monday, February 25, 2008

The measurements are all in inches and the final result in pounds, but this can then be transformed into kilograms.

The girth of the fish is measured on the greatest part and then squared.

This number is then multiplied by the body length of the fish, measured as illustrated.

This result is then divided by 800 to get the weight in pounds.

Example:

Girth is 3 feet 4 inches = 40 inches
Body length is 8 feet 4 inches = 100 inches
40 x 40 =1600
1600 x 100 = 160000
160000 / 800 = 200 lbs.

To get the result in kilograms, the final number is then divided by 2.2.

Example:
200 / 2.2 = 88 kg.

Selunsung


Name : Duo
Catch : Selunsung
Spool : Abu Garcia Cardinal
Rod : Shimano Schimtar
Line : Fireline 14LB
Lure: Topwater
Technique: Casting


Jenis ikan yang biasanya diperolehi ialah Ungah, Selunsung, Gelama, Bulan-Bulan, Bekalang, Alu-Alu dan Kerapu. Mungkin ada lagi jenis-jenis ikan yang boleh didapati disini sama ada dengan cara casting atau memakai umpan.

Saturday, February 23, 2008





Fisherman found it at Teluk Bahang. Newspaper not allowed to print it.
Article taken from Jom Pancing Blog.

Sunday, February 17, 2008


Masa hari Sabtu 16.02.2008 aku ani plan kan mancing di kuala Danau hari minggu tapi nya si Float King jalannya licak.. so kami plan di kuala Tutong saja. Kami berjanji hari minggu pukul 6 pagi betolak dari rumah ku.

Udah keesokkan harinya... biasalah janji melayu ani.. Aku bangun awal pulang then mandi, tolong mama ku sekajap angkat meja pas atu masak Indomie pakai bata mancing..save jua duit :) Mau mau kul 9 pagi aku bertolak dari rumah ku then udah sampai dirumah nini si Float King rupanya ia ani masih lagi tidor! (Bukan nini nya... si Float King bah) Ku tipun kedia.. untuk membanguni "Oi bangun bah.. aku dibawah udah ni" Jawab Float King.." Bah..bah...Kajap..." hahahhaa. Udah ia bangun, aku rasa-rasa ia ani inda mandi lah.. cuci muka saja kali. Lapas atu nini nya ada bagi dua bungkus nasi lamak. Udah siap semua barangnya di angkat dari keritanya ke kerita ku kami tarus zooooomm......! ke keramut bali udang idup.

Sampai saja kami di Kuala Tutong arah jambatan feri lama kami breakfast dulu... makan nasi lamak yang di bagi nini si Float King. Lapas breakfast masing-masing setup pancing.. Masa atu ada orang merambat... banyak pusu orang atu belurih.. Champion lagi caranya merambat atu..


Inda lama lapas atu... udah tia si Float King STRIKE! Biasalah ia ani asal mancing opening gerenti Utik... Di mana-mana saja aku sama kedia ani mancing, first ikan ia dapat mesti utik hahahaha....


Inda batah lapas ia dapat Utik lebih kurang 20 minit STRIKE lagi!!! Iatah akibatnya ketawakan orang aku pulang sampai ani alum lagi ada strike... kana jamah pun inda umpan ku.. apa lagi casting pun alum ada kana sambar.


Dalam 15 minit lagi lapas atu ada lagi ia strike!


Tepat jam 12 tengah hari kami pun lunch.. makan Indomie yang ku bata dari rumah. Lapas lunch checking umpan pas atu ku cuba lagi casting mana tahu dapat ikan basaaa.... kan kalahkan si Float King ah.. sasak udah ku 3-0 kali ah!

Casting punya casting sampai kul 5 ptg langsung nada kana agut kah kana sambar kah... langsung nada!


Liat aing pasang panuh tapi warna aing masa atu warna coklat... antah ah aing atu kali jua buat inda belauk. Tapi yang banar nya alum ada rezeki tu...

Walau cemanapun.. kami enjoy jua mancing di Kuala Tutong banyak orang kami jumpa disana.. ada yang mancing ada yang merambat dan ada yang membintur. Yang membintur atu namanya Hj Jamain bagas keraja Letrik iatah dangan kami becerita masa atu.. macam gaban jua...ada jua lah tips tips yang di baginya untuk mancing ani. Iatah kan... mancing ani yang banar nya siukk... membuka minda, buat activity yang berfeadah, dapat bertemu kawan baru, berkongsi penglaman.. daripada duduk-duduk di rumah... pikiran pun inda jalan toh.. hehhehe yang penting enjoy!

Dibawah ani gambar-gambar yang labih masa kami mengail... :)


p/s: Ikan yang dapat ulih si Float King hari ani semuanya Catch & Release...


Duo: Float King... tunggu kau minggu dapan aku pakai baju Cocaine ku... hemmmm.. baru kau tapi siapa lagi heng... hahahah, Sekian.

Maju Sukan Untuk Negara!


Friday, February 15, 2008

Pancingan siakap memerlukan kita mengenal pasti dahulu spot siakap tu apakah karang, tunggul kayu atau ranting pokok atau tiang jeti.

Apakah pula kedalaman air dan keadaan arus. Keadah lurecasting dan baitcasting sesuai digunakan dilokasi yang cetek manakala bottom drifting pula untuk lokasi yang dalam.
Penggunaan udang hidup merupakan umpan terbaik untuk spesis ini. Ikan tamban juga berkesan tetapi tidak sesuai dikawasan karang dan tiang batu.


Spot begini sesuai menggunakan keadah casting lure/bait
keadahnya, cast menggunakan umpan atau lure kearah melawan arus dan biarkan lure dan umpan hanyut atas ranting atau akan tersebut. Biarkan umpan turun dan jerk lure atau umpan supaya ia boleh bergerak perlahan mengikut arus dan melalui lokasi ranting. usaha berterusan casting diperlukan untuk menawan spesis ini.

Set pancing yang ringan sangat sesuai untuk menawan spesis ini. Penggunaan braided line 8lb - 10lb dengan perambut florocarbon 10lb dengan matapancing 1/0 dan 2/0.

Sebenarnya ikan jenis siakap sama juga dengan tenggiri. Species ini boleh dikatakan cerdik sikit dari species lain. Ia suka tinggal dikawasan tunggul kayu dan karang yang pastinya sukar untuk kita tangani bila dah berbelit. Tetapi untuk pengetahuan anda species ini juga tidak akan merosakkan kulitnya kalau setakat terkena satu rentapan dibibir melainkan bila ia berhadapan dengan keadaan hidup dan mati. Disinilah kita kena gunakan saiko bagaimanakah caranya untuk mengelakkannya melarikan diri kedalam semak atau dahan kayu.

Tip ini sesuai untuk siakap dan tenggiri.
Pastikan drag hanya 5lb shj. Bila saja umpan dibawa ikan berikan masa beberapa saat supaya confirm umpan masuk mulut pastu buat hook up. Bila dah kena biarkan ia lari dengan kekalkan drag 5lb sehingga ia berhenti tapi perlu sentiasa tegangkan mainline. Jangan paksa ia berhenti. Bila berhenti cepat2lah retrieve sehingga ia berhenti untuk berpusing dan lari keluar semula. Ia akan berulang sebanyak 3 kali pastu ia akan menyerah..sekiranyanya kita menggunakan paksaan semasa menahannya lari keluar atau retrieve ia pasti akan terus lari menuju ke reba. kalau diikutkan cara yang kawan beri tu pasti ikan tersebut dapat dinaikkan tanpa sebarang kecacatan.

Kelainan pada tenggiri pada peringkat permulaan sahaja dimana bila saja umpan dimakan hook up terus dilakukan dengan kuat kerana tenggiri merupakan species bergigi tajam dan akan meludah kembali umpan sekiranya ia terasa benda asing pada umpan jadi hook up dibuat dengan seberapa segera jika tak mahu berputih mata..

Pengalaman member kawan yang kehabisan tali dilarikan siakap adalah kerana ikan itu terasa sakit dan terancam. Itulah sebabnya ia terus aje berenang tanpa menoleh belakang.. Ikan begini kita kena belai macam perempuan barulah ia mudah menyerah. Kalau dipaksa tenggiri boleh memutuskan steekwire 100lb dengan mudah tetapi kalau dibelai ia boleh dinaikkan menggunakan steelwire 20lb. Kami di sedeli menggunakan mainline 20lb, perambut 20lb, steelwire 20lb dan matakail no 2/0 untuk memancing tenggiri. Rekod kawan 2 ekor 18kg. Ratusan ekor tenggiri berjaya dinaikkan sepanjang kawan buat trip kat sedili menggunakan set begini.

Untuk siakap pula kami gunakan 8lb-12lb mainline, perambut florocarbon 10lb-12lb dan matakail no 1/0 dan 2/0. rekod personal kawan 10.2kg. tak tahu berapa banyak siakap yang berjaya dinaikkan menggunakan set begini. kenkawan kena yakin dengan cara belai ni untuk memudahkan dan manaikkan peningkatan knowledge kita dalam bidang ini..

Tips dari ::mAn::

Thursday, February 14, 2008

Moon Attack!

1st Catch

2nd Catch

Catch on : 14.02.2008
Location: Lorong 10, Seria

Comment:
Selunsung yang di cari, bulan-bulan yang naik.

Wednesday, February 13, 2008

Losing lures and bait rigs not only is frustrating but can be expensive and costly. While most lure retrieval systems require a some sort of tool to rescue your lure, Ultimate NiTi has devised a system built onto your favorite lures designed to reclaim your lures quickly and easily. The ultimate LureSaver makes use of the properties of Titanium to devise a intelligent system that works.



More details http://www.tackletour.com/reviewultimateluresaver.html

Monday, February 11, 2008

Barramunzi


Name : Duo
Catch : Selunsung
Spool : Abu Garcia Cardinal
Rod : Shimano Schimtar
Line : Matrix 20LB
Lure: Lure yang ku beli dari Jepun. Sudah terbukti dan berkesan!
Technique: Casting
Location : Lorong 10, Seria
Date : 11.02.2008
Time : 5.45pm

Comment:
Hmm.. inda tau apa kan cakap. This is my first time dapat selunsung! Happy eh... Iatah ikan yang ku tunggu tunggu selama ani akhirnya tercapai jua. Inshallah kalau ada rezeki lagi aku mau yang lebih besar. Amin.

Wednesday, February 6, 2008

I just bought 10 new lures from Japan. Belum lagi pernah kana sambar.. masih mencoba...


This lure is very popular in Japan. From what i read on Japanese angler's website they use this lures only for catch Barramundi.


Dalam Majalah Sirip keluaran January 2008 pun ada mengatakan gewang ini memang sesuai untuk Siakap Putih dan Merah. Mereka mengunakan gewang tersebut untuk casting pada waktu malam kerana gewang tersebut mempunya bentuk badan dan mata yang berkilat.

Name : Wandi
Rod : Schimtar
Line : Spiderwire Stealth Green Moss 15LB
Reel : Sheakspear
Technique: Popping
Lure : Yang murah saja...

Duo: Basar ungah mu.. nyasal ku inda mancing masa atu...

Gaban

Stike Ungah ia masa atu makai yozuri. Aku pulang inda belurih.. "nada heng"


Baik jua nada si boy yang seorang lagi menunggu dibawah atu..
Recorded by: Float King

Tuesday, February 5, 2008

Kerapu


Casting di Lorong 7..
Inda ku sangka dapat Kerapu..
Masak steam, nyaman eh!

Masa 26hb si pepeh bercadang kan memancing di Anduki dan berjanji esok pagi nya kul 6 pagi berjumpa di rumah ku. Sekali sudah esok nya tunggu-tunggu ku si pepeh ani kul 8 pagi pun alum ada nampak batang hidung nya. Sekali ku tipun kedia rupanya masih tidur. Iatah namanya orang melayu jua.. hahah

Jam kul 9.30am baru si pepeh datang ke rumah ku dan kami terus chow ke Telesai membali udang hidup arah si ... (lupa ku namanya). Lapas dari Telesai ke Anduki kami. Dalam perjalanan lagi ada roadblock!! kerita ku lagi nada roadtax!! Mati eh.. masuk ku arah rumah orang... ada pulang roadtax tapi inda belakat di cermin depan. Cari punya cari....nah!! dapat! Then kami teruskan perjalanan ke Anduki.

Tiba kami di Anduki terjumpa kawan kawan kaki pancing jua si Wandi, si Alan & si Udid. Kami di sana survey saja... Di tanya arah diorang pun nada belurih. Then aku sama si pepeh teruskan perjalanan ke Sungau Dua.

Sampai saja di Sungai Dua kami pun cari spot yang bisai untuk melabuh pancing. Sebelum melabuh pancing aku check dulu pakai Fish Finder ku. Check punya check.. pun inda belauk ani bah.. Kalau kan di labuh kan jua takut buang masa... Masa atu kami banyak membuang masa ke Telisai sama buang masa menunggu si kawan masih tidur.

Gambar Kuala Sungai Dua

Si Hasnan baru kan mencucuk standnya

Float King (Gaban jua ia ani)

Iatah lapas saja ku check mengunakan Fish Finder inda jua belauk so kami pun pindah ke Batu Belait (Tampat ani kana ban plg..tapi kami majal). Sampai saja di batu belait pun nada hang. Ombak kuat. Inda siuk lah... panas lagi.. kan duduk arah batu pun panas jubo... then pindah lagi kami...

Pindikan cerita.. last tempat kami aga arah hotspot ku di Lorong 7, Seria. Aku main casting saja. Si pepeh sama si hasnan main tahan. Lansung jua nada kana agut.


Temanung Boy.. (Jgn mare..)

Di Lorong 7 pun ku check pakai Fish Finder pun nada ikan. Sekali bila kami kan balik ada tia bunyi "Booofff" Selunsung tu eh... Apa lagi kami cuba casting punya casting inda jua mau makan ah selunsung atu... Walau cemana pun masa hari atu nada ulih tapi enjoy jua.. Nanti kami kan buat trip lagi ke Pelumpong. Inshallah.

First Ungah!

First time aku dapat Ungah. Teknik mengunakan cara popping. Inda ku sangka dapat ungah main popping ani... Masa kana sambar ku pikir Ikan Bulan-Bulan rupanya si Merah Padi. Shukur Alhamdulilah dapat jua makan lauk nyaman ani sama family.





Nyaman kali ah ungah ani.. siapa inda pernah makan cuba tah rasa... nyanyat tu... sedaaaaappp...